About Us

Falsafah Kami

Kami percaya kabinet dapur yang baik bukan hanya nampak cantik di gambar.

Ia mesti:

• Mudah digunakan setiap hari
• Tahan lama
• Sesuai dengan gaya hidup keluarga
• Dan membuatkan rumah terasa lebih lengkap

Di CustoBinet, setiap projek adalah tanggungjawab kami — dari ukuran pertama hingga kabinet terakhir dipasang.

CustoBinet ialah pengeluar kabinet dapur custom terus dari kilang yang fokus kepada:

• Rekaan praktikal
• Susun atur ruang yang bijak
• Material tahan lama
• Design yang nampak premium tetapi masih berbaloi

Kami menggabungkan pengalaman pertukangan kabinet dengan pendekatan design moden supaya pelanggan boleh nampak hasil dapur mereka sebelum ia dibina.

Melalui proses space planning, 3D design dan pemasangan yang tersusun, kami memastikan setiap projek berjalan dengan jelas dan teratur.

Kisah CustoBinet

CustoBinet Furniture lahir daripada satu idea mudah — setiap rumah ada cerita, dan setiap dapur patut direka khas untuk cerita itu.

Nama kami datang daripada dua perkara yang paling penting dalam kerja kami:

Custo – Custom
Setiap ruang berbeza. Setiap keluarga berbeza.

Binet – Cabinet
Kabinet bukan sekadar perabot. Ia adalah tempat rutin harian bermula.

Di CustoBinet, kami percaya dapur bukan hanya tempat memasak.
Ia tempat berkumpul, berbual, berkongsi rezeki dan mencipta memori bersama keluarga.

Sebab itu setiap kabinet yang kami bina bukan sekadar ikut ukuran ruang — tetapi ikut gaya hidup pemilik rumah.

Dari rumah pertama pasangan muda, hingga dapur yang dinaik taraf selepas bertahun digunakan, kami melihat setiap projek sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup pelanggan kami.

Rancang dapur anda bersama CustoBinet

• Konsultasi percuma
• Cadangan susun atur ruang
• 3D design dapur anda

👉Nak Quotation